Showing posts with label memujuk hati. Show all posts
Showing posts with label memujuk hati. Show all posts

Friday, 15 May 2015

Cubaku untuk memahamimu..

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful

Mencuba untuk memahami kamu
Tapi kamu menghalang
kamu tutup pintu itu
rapat-

Mencuba untuk menarikmu kembali
Tapi kamu tepis tanganku
Kamu kunci kemas
Menyemat benci-

Mungkin kamu tidak sedar
Rupanya kamu adalah insan bertuah
Punyai mereka berdua berkeras usaha
Mencari penawar bencimu
Walaupun mereka sedar
Kamu sememangnya begitu-

Aku
Makan hati memendam perit
Sungguh!
Tidak terusik jiwamu yang keras itu!1

Aku
Harapku tinggi mungkin?!
Atau harapan mereka berdua membuatku terasa sakit-

Aku
Terlepas pandang kamu sungguh berbeza
Kerap aku berasa alah padamu
Barangkali tidak terdaya memberi bantu
untukmu-

Aku 
Harap akan terlihat suatu hari nanti
Harap akan terpancar suatu hari nanti

Mungkin akan terbuka pintu itu?
Mungkinkah?



hati meluah
-Izy Aznuran-

Friday, 26 December 2014

Apa dah jadi agaknya?

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful

Apa dah jadi agaknya?
sarang semut tenggelam dalam kolam buatan
semut berlari menyelamatkan nyawa
menanti bantuan yang berkemampuan

Apa dah jadi agaknya?
sarang semut tenggelam dalam kolam buatan
semut kecil hanya mampu bersuara
semut besar hanya melihat
dari jauh

melihat,,
menanti,,

menanti berapa gadaian jasad yang mampu semut kecil hadiahkan
hanya untuk sebentuk bantuan

Apa dah jadi agaknya?
masing-masing berdiam diri
hanya semut kecil yang memiliki hati nurani suci
berkunjung

membantu,,
rela berganti jasad,,

Apa dah jadi agaknya?
semut kecil tidak diendahkan
keadaan tenat dianggap biasa
bertahan selagi mampu

Apa dah jadi agaknya?
semut kecil di kejauhan dihulur bantu sekelip mata
semut kecil di depan mata bantuan dikira-kira

semut kecil hanya semut kecil
bertahan selagi mampu
jasad yang pergi di paksa pergi
membawa tanda tanya yang satu

Apa dah jadi agaknya?

Wahai yang Maha Pencipta, Pencipta Langit dan Bumi
Pemilik kekal keduanya dan seluruh isinya
Kuatkanlah kami sang semut kecil
Menghadapi dugaan ujian untuk kesejahteraan sejagat
Melatih memantap taqwa
Demi redha akhir urusan dibawa bersama

Kasihani la semut besar, Ya Rabb.
Barangkali semut besar belum mengerti dan memahami
Semoga diperkenan akhirnya


-hati meluah-


Thursday, 9 October 2014

agak terlalu awal--

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful


Erti kehidupan
Agak terlalu awal untuk aku ceritakan ia
Agak terlalu awal untuk aku andaikan ia
Agak terlalu awal, barangkali--

Tiada siapa yang mampu kembalikan masa
Tiada siapa yang berterusan memacak gembira
Tiada siapa yang berterusan menolak derita
Tiada siapa--
Hanya DIA

The one and ONLY



-Izy Aznuran-
kembali kerdil, hati meluah

Wednesday, 24 September 2014

yang namanya rezeki itu adalah..

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful


yang namanya rezeki itu adalah,,,
keHIDUPan
keMATIan
keSIHATan
keSAKITan
keKAYAan
keMISKINan
keLAPANGan
keSEMPITan
masa MUDA
masa TUA

itu semua rezeki,,,

sebabnye
ade orang ALLAH berikan dia lanjutan usia untuk terus berbakti dan beriman kepadaNYA
ade orang ALLAH tarik nyawa di usia muda untuk menyelamatkan dia dari terjunam dalam jurang dosa

sebabnye
ade orang ALLAH berikan kesihatan yang bagus agar die dapat teruskan kebajikan dunia akhirat
ade orang ALLAH berikan kesakitan untuk melupuskan kotoran dosa lampau

sebabnye
ade orang ALLAH berikan kekayaan yang menimbun agar die dapat berkongsi dengan insan yang perlu
ade orang ALLAH berikan kemiskinan kerana ALLAH tahu kekayaan membuatnya lalai dan lupa

sebabnye
ade orang ALLAH berikan kelapangan terluas agar dapat mengisi dan penuhi denga sesuatu yang berguna
ade orang ALLAH berikan kesempitan agar die menghargai waktu yang ada sebaik mungkin

sebabnye
ade orang ALLAH berikan waktu muda untuk mengerah keringat mencari kejayaan
ade orang ALLAH berikan waktu tua untuk die sedar dan bertaubat

Rezeki adalah peringatan tuhan untuk perbaiki diri
perbaiki diriku,,,
-terkesan lepas membacanye- 

orang cakap kalau kite mintak
mintak sungguh-sungguh tau!
In shaa Allah diperkenan

yang namanya rezeki itu kan JAMINAN ALLAH
-tersentap baca entri ibunda,, seolah-olah ibundaku sendiri sedang berhadapan denganku cuba mengingatkan aku,, if xde rezeki jodoh, Allah berikan ibu bapa yang panjang umur.. dapat terus berbakti hingga akhir hayatnye tanpa berbahagi kasih.. ibu.. abah.. maafkanku.. In shaa Allah.. selagi aku masih bernafas, selagi Allah mengurniakan rezeki dan keberkatannya, aku akan terus di sisimu hingga akhir hayatku, amin-

setiap ape yang terjadi di dunia
penuh hikmah
antara sedar atau tidak
antara syukur atau kufur
terkadang lupa
terkadang leka
terkadang tamak
terkadang cemburu buta

janganlah KAU tarik nikmat ini,,,
janganlah KAU tarik rasa untuk menghayati erti rezekiMU

In shaa Allah


amin



-Izy Aznuran-
kembali kerdil, memujuk hati