Friday, 4 April 2014

rahmat disebalik dugaan

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful

Penat balik keje, lapo.

cari megi, alhamdulillah..
ade air..
sejak kena catuan air, sedikit demi sedikit mengubah gaya hidup aku.
memangla.. manusia
mudah sangat lupa.. mudah sangat lalai..
skang ni, Tuhanku amat merindui rintihanku..
aku malu.. tersangat malu

mula2 memang aku mengeluh.. bengang..

sape xbengang bile catuan air x ikot jadual..
bagi jadual buat ape klu catu sesuka hati..
boleh kata setiap hari, mesti drive.
samada ke masjid bangsar, masjid kuala lumpur tu, xpun ofis je..
xketinggalan masjid wilayah if aku ade class kt PD3.
alhamdulillah..
skang ni, da lama2 tu kurang berbunyi rungutan hati
dah xtahu nak memujuk hati..just diam membisu
alhamdulillah..
disebabkan dugaan ni, desebalik dugaan ini..
aku dapat merasa solat jemaah di masjid..
baca yassin di masjid..
subuh magrib dan isyak.
alhamdulillah.. aku bersyukur..

panjang muqaddimahnye..

sebenarnye smalam sambil2 makan megi tu, housemate bukak Astro Oasis
"Salam Muslim, edisi khas- Bencana, Hikmah, Iktibar"
perkara yang dibincang tidak terhad kepada bencana/musibah yang baru2 ni berlaku - MH370, tapi merangkumi semua bentuk bencana/musibanh/dugaan yang menimpa.

yang paling cukup terkesan, adalah hikmah.

kenapa ye?
kekadang, hikmah tu kite tak perasan langsung sebab musibah tu kite anggap dan jadikan dia sesuatu yang sangat besar.
tetapi, lama kelamaan..
waktu bertukar
hari berganti
hikmah tu akan perlahan-lahan dirasai.

memang sakit

memang pedih
bukan semua orang akan faham akan musibah dan dugaan yang kite lalui
kuat tak kita sebenarnye menempuh semua tu
tapi kekadang kite lupa.
yang sebenarnye,


“Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya” (Al-Baqarah 286)."
-credit to myibrah.com "http://myibrah.com/allah-menguji-kerana-manusia-mampu-menghadapinya"



di mulut berusaha memujuk
di hati berusaha merayu
supaya berusaha untuk redha dengan seikhlasnya
dan sebenarnya, Izy sendiri pun masih berusaha mencari keikhlasan untuk merelakan and redha dengan dugaan yang terjadi.

redha memang perlu dicari keikhlasannya supaya kita benar2 melakukan/maksudkan redha untuk setiap yang berlaku.

Sabar
sangat penting bila kita redha dengan dugaan yang menimpa.

dalam Salam Muslim tu lagi, ada berkongsi tentang sabar.

sabar sebenarnya ada 3 peringkat.


  1. Sabar apabila ditimpa musibah
  2. Sabar melakukan ketaatan
  3. Sabar untuk tidak melakukan kejahatan


dan setiap peringkat ada ganjaran

tapi kat sini Izy tak nak letak ganjaran sebab bagi Izy, jika disalah faham, niat sudah jadi tak betul.
Jadi, soal ganjaran biarkan pada DIA yang menentukan.
yang penting, kita semua dapat berusaha bersabar, ikhlaskan diri dan redha dengan dugaan dariNYA.

itu saja

untuk tulisan yang tertangguh



-Izy Aznuran-




Tuesday, 1 April 2014

Adakalanya...

Adakalanya
sesuatu yang diharapkan tidak berlaku
tapi ianya terjadi

Adakalanya
sesuatu yang tidak mahu diambil tahu
tapi perlu belajar menerima

Adakalanya
tidak dapat hidup tanpa seseorang
tapi perlu melepaskannya pergi



<Tarik nafas sedalam dalamnyeeeeeee
tenangkan fikiran 
lepaskan ia berlalu dan biarkan ia jauh dari diri>


-Izy Aznuran-
Move On

Monday, 31 March 2014

Himpunan March 2014

It’s end of March 2014

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful



Menipu diri bilang tak rindu,
meujuk hati sentiasa redha,
Andai itu takdirnya untukku,
Mohon diberi pengakhiran terbaik keduanya.

Redha terus meluput ingatan,,
Tetap melangkah memandang depan,
Bayangan rindu diri di kejauhan,
Tolonglah hilang hati diubatkan.

Gembira bahagia hanya sementara,
Luka berparut galaunya tiap hari,
Bukan kerana aku tak cinta,
Takdir Yang Esa berganti hati.

Luputlah kasih luputlah sayang,
Meratap tidak menyalah jangan,
Maju ke depan terus berjuang,
Rajuk kecewa diubati ketenangan.



-Izy Aznuran-
hati meluah 

Friday, 28 March 2014

It is not the end of our life....but..

Kesalahan
Kekalahan
Putus hubungan

Usah dilanjutkan hingga wujud rasa putus asa

Kesalahan diperbetulkan
Kekalahan diperbaiki usaha
Putus hubungan??

JANGAN SEKALI PUTUS HUBUNGAN DENGAN ALLAH!
Teruskan hidup
Bergantunglah kepadaNYA
Berharaplah dariNYA

sebab

DIA tidak pernah putuskan hubunganNYA dengan kita
Hanya manusia sahaja tergamak melakukannya




-Izy Aznuran-
hati meluah

Thursday, 27 March 2014

bila hati terdetik...

sukar diduga
bila hati terdetik
baik
buruk
muncul tanpa disedari

hati ini milik DIA
Yang Maha Kuasa
Yang Maha Mengetahui Segala sesuatu
tanpa jemu memberi petunjuk
supaya diri ini sentiasa tidak jemu
baiki diri

yang pasti
mencari redha Ilahi

Kenapa adanya yang buruk?
Kenapa tidak diberi yang baik saja?

tetaplah hati ini bersangka baik
sentiasa bersangka baik
walau buruk tetap menduga
ingat!
hati ini milikNYA yang abadi
uji dan duga dariNYA
hanya kerana sayangNYA pada kita


-izy aznuran-
hati meluah


Friday, 28 February 2014

Himpunan February 2014

It’s end of February 2014

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful



Rindu sayang cinta telah terhenti,
Mencari redha syurga yang pasti,
Sedih kecewa tidak bertepi,
Kasih Ilahi tetap abadi.

Usah bersedih wahai sang hati,
Merungut tidak menyesal jangan,
Janji Allah tetap dan pasti,
Berdoa bertawakkal perlu diteruskan.


-Izy Aznuran-
hati meluah