Monday, 31 March 2014

Himpunan March 2014

It’s end of March 2014

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful



Menipu diri bilang tak rindu,
meujuk hati sentiasa redha,
Andai itu takdirnya untukku,
Mohon diberi pengakhiran terbaik keduanya.

Redha terus meluput ingatan,,
Tetap melangkah memandang depan,
Bayangan rindu diri di kejauhan,
Tolonglah hilang hati diubatkan.

Gembira bahagia hanya sementara,
Luka berparut galaunya tiap hari,
Bukan kerana aku tak cinta,
Takdir Yang Esa berganti hati.

Luputlah kasih luputlah sayang,
Meratap tidak menyalah jangan,
Maju ke depan terus berjuang,
Rajuk kecewa diubati ketenangan.



-Izy Aznuran-
hati meluah 

Friday, 28 March 2014

It is not the end of our life....but..

Kesalahan
Kekalahan
Putus hubungan

Usah dilanjutkan hingga wujud rasa putus asa

Kesalahan diperbetulkan
Kekalahan diperbaiki usaha
Putus hubungan??

JANGAN SEKALI PUTUS HUBUNGAN DENGAN ALLAH!
Teruskan hidup
Bergantunglah kepadaNYA
Berharaplah dariNYA

sebab

DIA tidak pernah putuskan hubunganNYA dengan kita
Hanya manusia sahaja tergamak melakukannya




-Izy Aznuran-
hati meluah

Thursday, 27 March 2014

bila hati terdetik...

sukar diduga
bila hati terdetik
baik
buruk
muncul tanpa disedari

hati ini milik DIA
Yang Maha Kuasa
Yang Maha Mengetahui Segala sesuatu
tanpa jemu memberi petunjuk
supaya diri ini sentiasa tidak jemu
baiki diri

yang pasti
mencari redha Ilahi

Kenapa adanya yang buruk?
Kenapa tidak diberi yang baik saja?

tetaplah hati ini bersangka baik
sentiasa bersangka baik
walau buruk tetap menduga
ingat!
hati ini milikNYA yang abadi
uji dan duga dariNYA
hanya kerana sayangNYA pada kita


-izy aznuran-
hati meluah


Friday, 28 February 2014

Himpunan February 2014

It’s end of February 2014

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful



Rindu sayang cinta telah terhenti,
Mencari redha syurga yang pasti,
Sedih kecewa tidak bertepi,
Kasih Ilahi tetap abadi.

Usah bersedih wahai sang hati,
Merungut tidak menyesal jangan,
Janji Allah tetap dan pasti,
Berdoa bertawakkal perlu diteruskan.


-Izy Aznuran-
hati meluah

Friday, 31 January 2014

Himpunan January 2014

It’s end of January 2014

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful



Menanti sesuatu mungkin tak pasti,
Jujur dituntut berbohong dijauh,
Kuatkan hati yakini diri,
Tak goyah hubungan walau diruntuh.

Tiada kata secantik bahasa,
Tiada yang manis bak janji,
Hati mampu terluka dek keduanya,
Berdendam jangan mesti membiar pergi.

Tiada kata secantik bahasa,
Tiada gambar seindah lukisan,
Hati terluka biar bersisa,
Redha berserah berdendam jangan.

Andai mampu diulang waktu,
Namun tak mungkin berlaku tentu,
Hatiku ini milik Yang Satu,
Gembira atau sedih diketahuiNya dahulu.



-Izy Aznuran-
hati meluah

Tuesday, 31 December 2013

Himpunan December 2013

It’s end of December 2013

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful



Jauh termenung tersentap hati,
Diungkit-ungkit tanpa henti,
Hari ke hari silih berganti,
Menanti sesuatu mungkin tak pasti.

Jika terjadi tidak seperti dirancang,
Mohon sokongan dari yang tersayang,
Diharapkan hati mampu bertenang,
Yang terbaik pasti bertandang.

La Takhaf Wa La Tahzan
Inna Allaha Ma’ana

Masih adakah esok untukku?

Saat indah tidakkan lupa,
Sunyi sendiri terasa hiba,
Menunggu jawapan tak kunjung tiba,
Hanya berserah Yang Maha Kuasa.


-Izy Aznuran-

hati meluah