Saturday, 31 May 2014

Himpunan May 2014

It’s end of May 2014

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful



Kasih ibu bawa ke syurga,
Kasih abah kekal selamanya,
Kasih berdua bawaku ke dunia,
Kasih berterusan hadiahku saudara.

Sedih dan risau tidak terperi,
Ajal maut takdir Ilahi,
Terhenti nyawa selama abadi,
Dosa pahala dibawa pergi.

Menangis jangan meratap jauhkan,
Berdoa dipermudah urusan timbangan,
Berharap amalan berat ke kanan,
Ke syurga menunggu mohon perkenan.

Tinggal keluarga tinggallah sayang,
Kasih terhenti balasan jasa diputuskan,
Kebajikan ibu abah jangan terbuang,

Tanggungjawab perlu dan tetap diteruskan.


-Izy Aznuran-
hati meluah

Tuesday, 27 May 2014

gigihnye manusia-manusia itu..

27 May 2014
coretan sebelum pulang
pelik dengan kegigihan manusia

gigihnya manusia-manusia itu
mencari keburukan orang lain

gigihnya manusia-manusia itu
mencari lubuk hitam orang lain

gigihnya manusia-manusia itu
mencari cacat cela orang lain

gigihnya manusia-manusia itu
mencari lumpur-lumpur silam orang lain

gigihnya manusia-manusia itu
mencari DOSA tambahan!

tak cukupkah DOSA yang sedia ada?

tak takut dilibas di junam munkar nakir?

tak takut timbangan memberat ke kiri?

tak takut ditarik api neraka ketika meniti?

tak takut peluang ke syurga hilang bayangnya?

orang yang baik tidak mencari buruknya
tapi menyanjung kebaikan semasa

orang yang baik tidak akan mencari lubuk hitam
tapi menyanjung lubuk putih terbentuk

orang yang baik tidak akan mencari cacat cela
tapi menutup dengan kelebihan yang ada

orang yang baik tidak akan mencari lumpur-lumpur silam
tapi bersama mencari emas yang abadi

orang yang baik tidak akan mencari DOSA tambahan
tapi mengejar PAHALA bersama

" Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNYA, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan". (surah Az-Zumar: 54)


Ya ALLAH, tabahkanlah hatiku dan hatinya
tabahkanlah hati-hati orang yang ingin berubah ke jalanMU
Kurniakanlah kekuatan, keikhlasan dan kesabaran untuk mengejar REDHAMU

Amin


-Izy Aznuran-
move on

Monday, 26 May 2014

andai itu takdirku..

26 May 2014
-Office-

patutla since last week die suh Izy call..
patutla previously die asyik asked how to do, what to do, tolongla cari gantikan orang..
patutla kawannye jugak seems like asked why is this happening..

rupanye

"that's the only way I can think of now.." she said.

she; who is monthly earning higher than me but andai itu takdirku..
Izy terima as long as itu yang dapat mendekatkan Izy padaNYA.

Izy redha.
Ya Allah, tetapkanlah hati ini dan kurniakan keikhlasan dan kekuatan untuk menghadapi dugaanMU ini.


-Izy Aznuran-
hati meluah


Wednesday, 21 May 2014

smart phones punye pasal..

Semalam
20 May 2014

Tabiat Izy bile dalam LRT sukeeee gile observe penumpang-penumpang with their smart phone. So, semalam Izy balik lambat sket dari hari biase sebab nak siapkan key in dalam system for instructor test tu.

Cerita ini dimulakan mukaddimahnye apabila Izy dapat masuk and duduk kat dalam LRT tu. Bile da dapat duduk, mula la mata melilau sambil cover2 sket. Hikhikhik.. Ma anyway, opposite tempat duduk Izy sume penuh tapi ade 2 orang tak gune smart phone. Sorang tu rasenye mat indon; yang kepenatan lalu tersandar kat seat hujung skali and the other end is one kakak yang bawak beg banyak. Mereke berdua telah mengapit those yang menggunakan smart phones. Di barisan Izy, sume guna except Izy la kan. Then ade 2 3 orang berdiri, pun menggunakan smart phones. Bahana smart phones ni dasyat gak. Masing-masing dengan dunia sendiri.

Hanyut.

Then, de la sorang amoi kt sebelah ni; sedang main game. I’m not sure what kind of game she played, but she looks like someone who sooooooo tuuuuutttt. Izy buat rilek je la pada awalnye but lame2 jadi kelakar sebab die seolah-olah menggelupur sambil pegang phone dengan semangatnye. Kalau orang klate panggil “gelepar”. Hakhakhak.. nak usha lebih-lebih, kang die fikir ape pulak kan.. jari bergerak kiri kanan dengan semangatnye tenyeh screen tu..

Ape bleh buat?

Heeee…
Then balik tu asyik teringat kat amoi sebelah tu.
Kerana game dalam smart phone tu..
Kerana smart phone..

Ape la perasaan jarinye ye?



-Izy Aznuran-

gelagat

Monday, 28 April 2014

What’s done is DONE..

It’s end of April 2014

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful

Broken this fragile thing now
And I can’t,
I can’t pick up the pieces
And I’ve thrown my words all around
But I can’t
I can’t give you a reason
I feel so broken up
And I give
I just want to tell you so you know

Here I go
So dishonestly
Leave a note
For you my only one
And I know
You can see right through me
So let me go
And you will find someone


Telah tiba waktu dan masa
Pujuk lah hati terima rela
Kasih manusia tidak terkekal lama
Kasih abadi milik yang ESA


Sibukkan diri berharap padaNYA
Moga diizin tenanglah jiwa
Bermohon agar diganti gembira
Lebih baik lebih sempurna


Jadikan ia sebagai iktibar
Panduan dan didikan menuju keberkatan
Kecewa sementara sakit sebentar
Bahagia menanti pasti berkekalan


Bukalah hati bukalah jiwa
Jauhkan diri dari murkaNYA
Jalan dipilih beingat berkira
Agar kekal hingga ke JannahNYA.



-Izy Aznuran-
move on

Tuesday, 22 April 2014

Akhiri Penantianku..

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful

tajuk lagu tersebut
for those terkadang jiwang semacam aku
akan rase lagu tu kena sangatlah dengan hidup

tajuk lagu tersebut
kalau dengar je macam dah mengerti intipati mahu disampaikan
terbawa-bawa perasaan kecewa
tidak mustahil menjadi terlampau

tajuk lagu tersebut
terkadang membawa aku terfikir
bilakah waktunya?
sempatkah aku merasakannya?
mampukah aku melaluinya?

tajuk lagu tersebut
terkadang buat aku sendiri geram je
dek kerana memaksaku teringat akan dia
every little things yang dia lakukan buat aku tersenyum
kini jauh dariku kerana suatu kebenaran
kebenaran demi mencari keredhaan Yang Maha Kuasa

tajuk lagu tersebut
akhirnya
menarikku kembali ke alam nyata
ke alam kepunyaan Yang Maha Penyayang
sudah ditetapkan jalanku begitu
seharusnya aku
semestinya aku berusaha menerima dengan redha
ikhlas
kerana DIA saja yang mampu menggantikan dengan yang lebih baik
sekiranya aku mampu bertahan dengan dugaan ini



credit to: encik google

Alhamdulillah
DIA masih sayangkan aku
kerana aku mampu melawan dan bertegas

Alhamdulillah
DIA masih sayangkan aku
dan aku masih dapat bergantung harap dariNYA

Alhamdulillah
DIA masih sayangkan aku
kerana aku masih memperoleh peluang memperbaik diri

Alhamdulillah


credit to: encik google



Let It Go.
In Shaa Allah


-Izy Aznuran-
hati meluah


Tuesday, 8 April 2014

tarik nafas... hembus..

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful


Marah
korang pernah rasa marah tak?
marah tibe2 je
marah yang bile orang yang "ngam" ngan kite i.e. KAWAN RAPAT, kite tak marah
but if, orang tu "tak ngam" ngan kite i.e. KAWAN yang tak berapa nak rapat, kite bengang
padahal, orang tu buat buat sesuatu yang sama terhadap kite


Marah
korang pernah rasa marah tak?
marah tibe2 je
marah yang bile orang tak buat ape yang kite nak
marah yang bile orang tak ikut cakap kite
marah yang bile orang tak sebulu ngan kite


Marah
korang pernah rasa marah tak?
marah tibe2 je
marah dengan perbuatan sesorang yang cuba menjatuhkan air muka kite 


mari beristighfar bersama
dan kite berusaha berubah ke arah kebaikan
ke arah menjadi lebih bersabar menjaga diri
demi mencari keredhaanNYA


Mudah-mudah ia membantu kite






-Izy Aznuran-