It’s end of March 2014
In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful
Menipu diri
bilang tak rindu,
meujuk hati
sentiasa redha,
Andai itu
takdirnya untukku,
Mohon diberi
pengakhiran terbaik keduanya.
Redha terus
meluput ingatan,,
Tetap melangkah
memandang depan,
Bayangan rindu
diri di kejauhan,
Tolonglah hilang
hati diubatkan.
Gembira bahagia
hanya sementara,
Luka berparut
galaunya tiap hari,
Bukan kerana aku
tak cinta,
Takdir Yang Esa
berganti hati.
Luputlah kasih
luputlah sayang,
Meratap tidak
menyalah jangan,
Maju ke depan
terus berjuang,
Rajuk kecewa diubati ketenangan.
Rajuk kecewa diubati ketenangan.
-Izy Aznuran-
hati meluah