Saturday 31 May 2014

Himpunan May 2014

It’s end of May 2014

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful



Kasih ibu bawa ke syurga,
Kasih abah kekal selamanya,
Kasih berdua bawaku ke dunia,
Kasih berterusan hadiahku saudara.

Sedih dan risau tidak terperi,
Ajal maut takdir Ilahi,
Terhenti nyawa selama abadi,
Dosa pahala dibawa pergi.

Menangis jangan meratap jauhkan,
Berdoa dipermudah urusan timbangan,
Berharap amalan berat ke kanan,
Ke syurga menunggu mohon perkenan.

Tinggal keluarga tinggallah sayang,
Kasih terhenti balasan jasa diputuskan,
Kebajikan ibu abah jangan terbuang,

Tanggungjawab perlu dan tetap diteruskan.


-Izy Aznuran-
hati meluah

Tuesday 27 May 2014

gigihnye manusia-manusia itu..

27 May 2014
coretan sebelum pulang
pelik dengan kegigihan manusia

gigihnya manusia-manusia itu
mencari keburukan orang lain

gigihnya manusia-manusia itu
mencari lubuk hitam orang lain

gigihnya manusia-manusia itu
mencari cacat cela orang lain

gigihnya manusia-manusia itu
mencari lumpur-lumpur silam orang lain

gigihnya manusia-manusia itu
mencari DOSA tambahan!

tak cukupkah DOSA yang sedia ada?

tak takut dilibas di junam munkar nakir?

tak takut timbangan memberat ke kiri?

tak takut ditarik api neraka ketika meniti?

tak takut peluang ke syurga hilang bayangnya?

orang yang baik tidak mencari buruknya
tapi menyanjung kebaikan semasa

orang yang baik tidak akan mencari lubuk hitam
tapi menyanjung lubuk putih terbentuk

orang yang baik tidak akan mencari cacat cela
tapi menutup dengan kelebihan yang ada

orang yang baik tidak akan mencari lumpur-lumpur silam
tapi bersama mencari emas yang abadi

orang yang baik tidak akan mencari DOSA tambahan
tapi mengejar PAHALA bersama

" Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNYA, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan". (surah Az-Zumar: 54)


Ya ALLAH, tabahkanlah hatiku dan hatinya
tabahkanlah hati-hati orang yang ingin berubah ke jalanMU
Kurniakanlah kekuatan, keikhlasan dan kesabaran untuk mengejar REDHAMU

Amin


-Izy Aznuran-
move on

Monday 26 May 2014

andai itu takdirku..

26 May 2014
-Office-

patutla since last week die suh Izy call..
patutla previously die asyik asked how to do, what to do, tolongla cari gantikan orang..
patutla kawannye jugak seems like asked why is this happening..

rupanye

"that's the only way I can think of now.." she said.

she; who is monthly earning higher than me but andai itu takdirku..
Izy terima as long as itu yang dapat mendekatkan Izy padaNYA.

Izy redha.
Ya Allah, tetapkanlah hati ini dan kurniakan keikhlasan dan kekuatan untuk menghadapi dugaanMU ini.


-Izy Aznuran-
hati meluah


Wednesday 21 May 2014

smart phones punye pasal..

Semalam
20 May 2014

Tabiat Izy bile dalam LRT sukeeee gile observe penumpang-penumpang with their smart phone. So, semalam Izy balik lambat sket dari hari biase sebab nak siapkan key in dalam system for instructor test tu.

Cerita ini dimulakan mukaddimahnye apabila Izy dapat masuk and duduk kat dalam LRT tu. Bile da dapat duduk, mula la mata melilau sambil cover2 sket. Hikhikhik.. Ma anyway, opposite tempat duduk Izy sume penuh tapi ade 2 orang tak gune smart phone. Sorang tu rasenye mat indon; yang kepenatan lalu tersandar kat seat hujung skali and the other end is one kakak yang bawak beg banyak. Mereke berdua telah mengapit those yang menggunakan smart phones. Di barisan Izy, sume guna except Izy la kan. Then ade 2 3 orang berdiri, pun menggunakan smart phones. Bahana smart phones ni dasyat gak. Masing-masing dengan dunia sendiri.

Hanyut.

Then, de la sorang amoi kt sebelah ni; sedang main game. I’m not sure what kind of game she played, but she looks like someone who sooooooo tuuuuutttt. Izy buat rilek je la pada awalnye but lame2 jadi kelakar sebab die seolah-olah menggelupur sambil pegang phone dengan semangatnye. Kalau orang klate panggil “gelepar”. Hakhakhak.. nak usha lebih-lebih, kang die fikir ape pulak kan.. jari bergerak kiri kanan dengan semangatnye tenyeh screen tu..

Ape bleh buat?

Heeee…
Then balik tu asyik teringat kat amoi sebelah tu.
Kerana game dalam smart phone tu..
Kerana smart phone..

Ape la perasaan jarinye ye?



-Izy Aznuran-

gelagat