Saturday 21 June 2014

untuk insan yang bergelar IBU [part 1]

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful

Ibu ingat tak hari ni...
pukul 5.18..
awl pagi..
Ibu sakit nak melahirkan..

Ibu ingat tak hari ni..
27 tahun yang berlalu..
penat lelah membawa perut..
mengharap hadirnya seorang insan bergelar anak..

Ibu ingat tak hari ni..
tiap-tiap hari, bulan dan tahun berlalu..
insan yang bergelar anak ini selalu membuat Ibu marah dan sedih hati..
dengan karenah yang menyakitkan hati..

Ibu ingat tak hari ni..
dari kecil hingga dewasa..
insan yang bergelar anak ni masih tidak dapat mengawal kemarahan..

Ibu ingat tak hari ni..
dari kecil hingga dewasa..
insan yang bergelar anak ni masih tidak dapat memberi kebahagiaan dan keselesaan padamu..

Ibu ingat tak hari ni..
dari kecil hingga dewasa..
insan yang bergelar anak ini masih mahu bermanja denganmu..
..hingga akhir hayatnya

Ibu ingat tak hari ni..
dari kecil hingga dewasa..
tak termampu untuk insan yang bergelar anak ni mengatakan "tidak" atas permintaanmu..
maaf jika ada kerana mungkin terbawa hasutan ia yang terlaknat!

Ibu ingat tak hari ni..
dari kecil hingga dewasa..
insan yang bergelar anak ni baru tersedar ketika belasan tahun..
bahawa dia perlu menjadi yang pertama..
membimbing saudara-saudaranya..
meringankan bebanan Ibu
berbakti membalas jasa..

Ibu ingat tak hari ni..
dari kecil hingga dewasa..
insan yang bergelar anak ni tak mungkin dapat menjadi anak yang baik untukmu Ibu..
tapi
akan sentiasa berusaha mencuba untuk menjadi yang terbaik

Ibu ingat tak hari ni..
tibanya hari ni..
akan sentiasa aku lafazkan..
tiada apa yang aku harapkan..

hanya secebis doamu untukku setiap hari..
mohon dimurahkan rezeki untuk dikongsi bersamamu..
merasa nikmat halalnya yang dicari selama ini..

hanya secebis doamu untukku setiap hari..
mohon diberkati umurnya..
agar sentiasa dapat bersama-sama denganmu..
hingga akhir hayatku..

hanya secebis doamu untukku setiap hari..
mohon diberi kesihatan yang baik..
setiap hari..
agar dapat terus mendengar suaramu kala jatuh bangunku
kala gembira dan sedihku

hanya secebis doamu untukku setiap hari..
mohon diberi jodoh yang baik dan soleh..
agar dapat membimbingku dan bakal cucumu ke syurga akhirnya
agar menghormatimu dan abah setulus ikhlas

hanya secebis doamu untukku setiap hari..
mohon diberi pengakhiran yang baik..
buat diriku dan saudara-saudaraku..
agar dapat kita..
bertemu semula disana..
syurga abadi..

in shaa Allah
sayang ibu


-Izy Aznuran-
hati meluah, rindu

No comments:

Post a Comment