Monday 30 June 2014

penatnye mereka..ibu

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful

semalam
terasa sangat kasihan
mendengar rintihan seorang ibu
yang sedang berbadan dua
menunggu masa untuk melahirkan
insan yang bakal terlahir
bergelar anak

semalam
terasa sangat kasihan
melihat tekadnya semangat seorang ibu
yang sedang berbadan dua
tiada siapa yang akan faham
kerana takdir kita semua berbeza
walau kau juga seorang ibu

semalam
terasa sangat kasihan
melihat kepenatan and kesaratan seorang ibu
yang sedang berbadan dua
membawa kasih bersama
setiap hari
bekerja membantu sang suami tercinta
untuk kesenangan dan kebahagiaan di hari kemudian

semalam
terasa sangat kasihan
melihat seorang ibu
yang sedang berbadan dua
tertanya bagaimanakah akan terjadinya padaku
apakah akan berlaku
mudahkah?
beratkah dugaan dariNYA buatku

namun
bukan menolak takdirku
bukan menyesal
bukan menyalahkan

cuma pintaku
Ya Rabb, kau permudahkan aku
berilah pengakhiran yang baik buat semua ibu-ibu di dunia
semoga diberi keselamatan di dunia dan di akhirat
Lindungilah semua ibu-ibu di dunia
Berikan balasan yang setimpal akan pengorbanan mereka
terutama Ibuku
Satu-satunya Ibu tersayang
tiada yang lain dapat ganti tempat ibu.

terima kasih ibu!
atas segala jasamu
pengorbananmu
penat lelah mu



-Izy Aznuran-
hati meluah, rindu

No comments:

Post a Comment