Wednesday 24 September 2014

yang namanya rezeki itu adalah..

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful


yang namanya rezeki itu adalah,,,
keHIDUPan
keMATIan
keSIHATan
keSAKITan
keKAYAan
keMISKINan
keLAPANGan
keSEMPITan
masa MUDA
masa TUA

itu semua rezeki,,,

sebabnye
ade orang ALLAH berikan dia lanjutan usia untuk terus berbakti dan beriman kepadaNYA
ade orang ALLAH tarik nyawa di usia muda untuk menyelamatkan dia dari terjunam dalam jurang dosa

sebabnye
ade orang ALLAH berikan kesihatan yang bagus agar die dapat teruskan kebajikan dunia akhirat
ade orang ALLAH berikan kesakitan untuk melupuskan kotoran dosa lampau

sebabnye
ade orang ALLAH berikan kekayaan yang menimbun agar die dapat berkongsi dengan insan yang perlu
ade orang ALLAH berikan kemiskinan kerana ALLAH tahu kekayaan membuatnya lalai dan lupa

sebabnye
ade orang ALLAH berikan kelapangan terluas agar dapat mengisi dan penuhi denga sesuatu yang berguna
ade orang ALLAH berikan kesempitan agar die menghargai waktu yang ada sebaik mungkin

sebabnye
ade orang ALLAH berikan waktu muda untuk mengerah keringat mencari kejayaan
ade orang ALLAH berikan waktu tua untuk die sedar dan bertaubat

Rezeki adalah peringatan tuhan untuk perbaiki diri
perbaiki diriku,,,
-terkesan lepas membacanye- 

orang cakap kalau kite mintak
mintak sungguh-sungguh tau!
In shaa Allah diperkenan

yang namanya rezeki itu kan JAMINAN ALLAH
-tersentap baca entri ibunda,, seolah-olah ibundaku sendiri sedang berhadapan denganku cuba mengingatkan aku,, if xde rezeki jodoh, Allah berikan ibu bapa yang panjang umur.. dapat terus berbakti hingga akhir hayatnye tanpa berbahagi kasih.. ibu.. abah.. maafkanku.. In shaa Allah.. selagi aku masih bernafas, selagi Allah mengurniakan rezeki dan keberkatannya, aku akan terus di sisimu hingga akhir hayatku, amin-

setiap ape yang terjadi di dunia
penuh hikmah
antara sedar atau tidak
antara syukur atau kufur
terkadang lupa
terkadang leka
terkadang tamak
terkadang cemburu buta

janganlah KAU tarik nikmat ini,,,
janganlah KAU tarik rasa untuk menghayati erti rezekiMU

In shaa Allah


amin



-Izy Aznuran-
kembali kerdil, memujuk hati

Friday 19 September 2014

Bezanya--

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful

Bezanya DIA dan hambaNYA
DIA Maha berkuasa atas segala sesuatu
sedangkan aku hanya mampu memohon dan berkuasa dengan keizinanNYA

Bezanya DIA dan hambaNYA
DIA Maha mendengar dan Maha Pengasih
sedangkan aku hanya mampu memberi persepsi sendiri yang kadangnya tidak membantu

Bezanya DIA dan hambaNYA
DIA Maha pengampun dan Maha Pemurah
sedangkan aku bakhil dan masih berlagak sombong

Bezanya DIA dan hambaNYA
DIA hanya satu 
DIA yang menciptaku dengan IzinNYA
DIA yang boleh menarikku kembali dengan izin dan hendakNYA

aku--
aku hanya hamba hina
aku yang selalu lupa
lupa akan gelaran abadi seorang "hamba"


-Izy Aznuran-
kembali kerdil

Saturday 6 September 2014

maaf dan maafkan --

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful


Bukan maaf yang aku tunggu
Bukan simpati yang aku pinta
Cukup tersimpan buat diriku
Berulang tidak pada sesiapa

Bukan kasihan pilihan terakhir
Sokongan didorong hidup ke depan
Gagahkan diri rawat dan fikir
Waktu dan masa menenangkan rawan

Yang sudah berlalu biarkan pergi
Hidup wajib diteruskan dengan hati yang baru
Kisah lama ditinggal ke suatu sisi
Kisah baru dibina ke Jalan Yang Satu


-Izy Aznuran-
move on